KEMPEN SUMBANGAN DANA SEMPENA UTM ROYAL GALA DINNER 2024
UTM terus komited mengumpul dana melalui pelbagai kaedah untuk membantu lebih 50 peratus pelajar UTM yang kurang berkemampuan (B40) dan amat memerlukan bantuan. Majlis Santapan Diraja UTM (UTM Royal Gala Dinner) yang dianjurkan secara dwi tahunan adalah salah satu kaedah pengumpalan dana untuk membantu pelajar tersebut melalui pelbagai bentuk seperti pemberian biasiswa, bantuan sara hidup, bantuan yuran pengajian, bantuan perubatan, bantuan makanan percuma, bantuan penyediaan peralatan pembelajaran dan sebagainya.
Majlis Santapan Diraja UTM dijadualkan akan diadakan pada Sabtu, 19 Oktober 2024 bertempat di Putrajaya.
Sumbangan YBhg./YBrs./Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./
Saudara boleh disalurkan melalui portal https://fundraising.utm.my
atau Sila klik link ini untuk menyumbang/menderma: https://fundraising.utm.my/donate/80/1