Les’ Copaque Production Sdn Bhd Menerima Anugerah Khas ICT NEF-Awani 2010.
Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md. Radzi (B.Eng (Petroleum) UTM 1983) berkata, pemilihan itu dilihat sebagai pengiktirafan yang tidak ternilai kepada syarikatnya.
”Untuk sampai ke peringkat ini, banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui terutama bagi mempopularkan produk animasi yang telah kami cipta selain mengekalkan kualitinya.
”Pada masa akan datang, Les’ Copaque merancang menghasilkan lebih banyak produk animasi baru dalam usaha memajukan lagi industri kandungan kreatif tempatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.