Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Karnival Sukan Persatuan Alumni UTM (KASUPA’24) pada 8 Disember 2024. Dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh, Pro Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, acara ini berlangsung di Futsalhub Ampang, WangsaBowl One Utama, dan Kota Seriemas Golf & Country Club.

Karnival ini melibatkan 13 cawangan negeri PAUTM bersaing dalam Futsal, Badminton, Bowling, dan Golf, dengan hadiah keseluruhan melebihi RM10,000 hasil sokongan penaja utama seperti Khairi Consult Sdn Bhd & Solar Alert Sdn Bhd.

Presiden PAUTM, Dato’ Ir. Hj. Mohamad Khairi Ambran, menekankan karnival ini sebagai platform memperkukuh silaturahim dan semangat kesukanan. Peserta seperti Tuan Ar Mohamad Nor Sulaiman turut menggalakkan kesinambungan program ini. KASUPA’24 berjaya mengeratkan alumni UTM dan memupuk perpaduan komuniti.

#KASUPA24
#PAUTM
#ProudToBeAnAlumni