Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAUTM kali ke-9. Semua ahli persatuan yang berdaftar adalah dijemput hadir. Ketetapan mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 April 2023 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur

 

Semua ahli PAUTM yang berdaftar adalah dibenarkan untuk menyertai mesyuarat agung tahunan ini dan wajib mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu. Kehadiran adalah terhad kepada 100 orang sahaja.

Anda perlu mengisi borang kehadiran dan memuat turun buku Laporan Tahunan PAUTM seperti yang telah dilampirkan dibawah:

PENTING: Pihak Urusetia tidak akan menyediakan buku Laporan Tahunan PAUTM secara fizikal semasa mesyuarat berlangsung. Oleh itu, anda diminta untuk memuat turun buku laporan tersebut terlebih dahulu sebelum mesyuarat diadakan.

Aturcara Majlis:

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan YB Presiden PAUTM Sesi 2021-2023
2. Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 8/2022
3. Laporan Aktiviti Oleh Setiausaha Kehormat PAUTM
4. Laporan Kewangan Oleh Bendahari  PAUTM
5. Pembentangan Usul Dan Perkara Berbangkit
6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2021-2023 dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Sesi 2023-2025
7. Ucapan Presiden Baharu PAUTM Sesi 2023-2025
8. Ucapan Penangguhan

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami untuk butiran lanjut: